tambahan

https://www.youtube.com/embed/videoseries?list=PL1qiMzpnaZtbNQuz4eLoD6yo6Nbecstat=0" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; allowfullscreen>

Saturday, June 12, 2021


 

Monday, May 17, 2021


 



 

Sunday, April 28, 2019

TN HAJI AAHMAD AZAM  BIN YAMEN
Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar
Assalammualaikum Dan Salam Muafakat Johor 

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas kesudian melawat laman Portal Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar.
Dalam melakarkan aktiviti di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar, pihak pentadbiran ini sering menerima permintaan yang tinggi selaras dengan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan pengurusan haiwan kesayangan dan ternakan serta produk-produk berasakan ternakan yang bersih dan selamat untuk dimakan. Bagi merialisasikan misi tesebut, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh pihak pentadbiran pejabat namun dengan kerjasama yang erat dikalangan anggota pejabat ianya dapat dilaksanakan dengan cara berkhemah. Antara aktiviti yang dijalankan meliputi konsultasi kepada penternak dan bakal usahawan sama ada secara terus dilapangan atau hadir ke pejabat, memberikan khidmat saringan penyakit dan kawalan pergerakkan ternakan dengan bantuan dan jaringan usaha sama penguatkuasa veterinar, perlesenan ladang-ladang unggas serta khidmat pusat rawatan haiwan berjadual sebagai perkhidmatan tambahan.

      Semoga dengan tersedianya laman Portal Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah Muar ini dapat membantu me memberi info dan maklumat yang diperlukan oleh orang ramai berkaitan aktiviti semasa PVD Muar serta dapat membantu pengusaha dalam  menjalankan aktiviti seharian dan kepada orang ramai yang berminat dalam bidang usaha ternakan dan hasilan ternakan. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan usaha sama daripada mana-mana pihak yang ingin membangun industri ternakan selaras dengan kehendak jabatan agar industri ternakan menjadi lebih mampan dan mesra alam.


Sekian terima kasih.

  

TN. HJ. AHMAD AZAM BIN YAMEN

Pegawai Perkhidmatan Veterinar
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar